Cara Melestarikan Alam
CARA MELESTARIKAN ALAM
Menurut
saya cara melestarikan alam ada berbagai cara. Banyak cara dilakukan
untuk melestarikan alam.Melestarikan Alam
dapat juga dilakukan dengan menjaga alam sekitar kita . Di indonesia
sudah banyak organisasi yang bertujuan untuk melestarikan alam. Tetapi
sayangnya Pemerintah dan Masyarakat kurang peduli dalam melestarikan
alam sekitar. Meskipun Sudah Banyak Hutan yang dilindungi tetapi masih
kurang kepedulian pemerintah dan masyarakat dalam menjaganya.
Cara-cara melestarikan alam dapat dilakukan dengan cara sebagai berikut :
1. Menanam pohon sebanyak-banyaknya
2. Membuang dan mengolah sampah dengan sebaik-baiknya
3. Melindungi hewan-hewan di sekitar kita
4. Menjaga Kebersihan Alam
5. Mengurangi polusi
6. Minimalkan Pembangunan Yang Mengurangi Lahan Hutan
7. Meningkatkan Kepedulian Kita terhadap alam
dsb
Semua
yang kita lakukan untuk alam adalah sebuah perjuangan untuk hidup kita.
Sekarang Bumi kita sudah semakin tua dan semakin rapuh, maka sudah
seharusnya kita jaga dan lindungi bumi ini agar tetap lestari. Sebagai
remaja yang Peduli terhadap alam sekitar, kita wajib melestarikan dan
menjaga alam sekitar kita agar bumi yang kita tinggali ini dapat berdiri
dengan kokoh.
Apakah kalian sudah menjaga dan melestarikan alam sekitar kita?
Apa kalian tidak kasihan kepada anak cucu kita..
Mari kita lestarikan alam kita untuk anak cucu kita.
salam
neng rhiska juliana
-->
Kesimpulannya,
pencemaran alam sekitar semakin hari
semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya
berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa
pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar
ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa
hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan
haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam
sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan
mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar
Alam
sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah
kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut.
Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi.
Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan
pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun
lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa
langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah
yang boleh diambil adalah melalui pendedahan
media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon
bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan
penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini
perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam
sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap
keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian
kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan
alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan
oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam
sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu
pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana
masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding
media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar
ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh
dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula,
sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga
alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi
pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh
dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan
dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini
juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan
membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman
pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat
mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan
betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam
sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai
rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan
alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya
dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru
sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat
cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui
pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara
kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam
sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar
didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar
berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan
itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri
pelajar .
Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan
teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden
dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan
efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah
lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain
itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti
kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat
khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu
akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa
pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis
udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon
monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar